Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Noverl Negeri 5 Menara

Saya telah memilih Baso Salahuddin sebagai watak yang paling saya minati. Di dalam novel ini, Baso telah digambarkan sebagai watak yang rajin. Dia memang pendek dan kelihatan seperti kanak kecil, sebaliknya, dia seorang yang praktikal dalam membaca Al-Quran. Sebagai seorang murid yang masih muda, memang sukar untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran ketika berumur 14 tahun. Kami harus mengimbangi antara agama dan hal-hal dunia. Ayat-ayat Al-Quran itu amat susah untuk difahami jika seseorang itu tidak ada pengalaman bagi melihat huruf-huruf dan juga cara-cara kompleks.

Dia sering membaca Al-Quran di setiap masa atau waktu dan ia menunjukkan ciri-ciri yang berkaitan dengan  kata-kata Cikgu Salman, "MAN JADDA WAJADA!!!!", seseorang yang bersungguh-sungguh akan berjaya. Jika kami, sebagai hamba tuhan tidak dapat melakukan apa yang disuruh, hidup seseorang hamba itu diperlakukan sebagai binatang! 


Selasa, 23 Julai 2013

Perlancongan yang tidak dapat saya lupa

     Tarikh yang tidak dapat saya lupakan adalah tarikh 25 Mac 2013.

     Sebabnya ialah saya sekeluarga telah mengambil percutian ke negara Dubai yang terletak dalam Liga Arab Bersatu atau U.A.E selama 7 hari. Apatah lagi, saya dan adik saya tidak perlu menghadiri sekolah selama dua hari. 
     Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat bercuti di U.A.E. Kami menaiki sebuah pesawat Singapore Airlines. Perjalanannya mengambil masa selama tujuh jam. Waktu di Dubai  
dua jam lebih lewat, jika dibandingkan dengan waktu di Singapura. Maknanya, pada waktu Maghrib di Dubai, di Singapura sudah pukul sepuluh malam.

     Pada enam pagi waktu Dubai, kami mendarat di Lapangan Terbang Dubai. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat Dubai sekadar sebuah negara kecil walaupun saiz kawasannya lebih besar daripada Singapura. Dari langit, Dubai kelihatan sebagai sebuah padang pasir yang penuh dengan bangunan.


     Ayah telah menjemput kami di Lapangan Terbang tersebut. Dia berada di sana lebih awal kerana ada pekerjaan dan juga menguruskan perkara bisnes di sana. Selain itu, dia akan mengambil bahagian dalam sebuah perjumpaan antarabangsa bersama rakan-rakan sekerjanya.

     Kami menaiki teksi ke hotel bernama Novotel, berdekatan dengan sebuah pusat membeli belah. Pusat membeli-belah tersebut adalah pusat kedua terbesar di Dubai. Yang terbesar adalah Emirates Mall.

     Selama dua hari, kami menaiki bas pelancong. Pada hari kedua, kami menaiki bas yang membawa kami ke seluruh kawasan Dubai yang bersejarah. Tarikan utama di sana adalah Pasar Emas. Ada banyak kedai yang menjual pakaian-pakaian yang berharga tinggi dan juga aksesori emas.

     Pada hari ketiga, kami menaiki bas ke kawasan Dubai yang bernama 'New Dubai'. Di situlah terdapat tarikan terutama di Dubai, Birj Khalifa. Bangunan tersebut adalah yang tertinggi di dalam dunia ini. Ia setinggi lebih kurang 800 meter. Semua pelancong boleh melihat permandangan yang sangat indah dan cantik. Dari tingkat 124, seluruh Dubai boleh dilihat dan boleh dilihat ada juga padang pasir yang belum lagi ditukar menjadi bandar.

     Selama 7 hari, kami sekeluarga banyak membeli-belah. Ibu saya membeli baju dan beg tangan. Adik saya membeli mainan, dan saya telah membeli kasut Puma yang berharga $187. Ia memang mahal! Hampir semua kasut kasual saya berharga sekurang-kurangnya $100.

    Pada hari teraakhir, kami telah menaiki teksi pulang ke lapangan terbang sebelum pulang ke Singapura. Sudah 2 hari saya tidak ke sekolah tetapi pengalaman ini sangat berharga dan bermanfaat. Saya juga dapat mengeratkan silaturrahim bersama keluarga saya dan mendapat tahu lebih banyak tentang negara yang lain di dunia ini.

    
      Saya harap dapat kembali semula ke dubai untuk melancong kerana saya memang sentiasa menghargai setiap lawatan saya ke negara lain.




Jumaat, 24 Ogos 2012

Video yang paling saya gemar

Iniliah video-video yang paling saya gemari. Ia dilakon/ditari oleh kumpulan yang saya sangat gemari. Poreotics, Elektrolytes dan juga Wrecking Orchestra. Mereka ketiga-tiga adalah kumpulan menjoget. Bagi yang atas, ia menunjukkan tentang betapa banyak kami manusia sedang berlawan apabila kita tidak tahu yang syaitan sedang mengoda kita. Bagi yang bawah menunjukkan bahawa kami sebagai kumpulan tidak akan kalah. Jika kami sendiri, tidak bagus

Rabu, 15 Ogos 2012

12 0g0s Z012

Pada hari ini, saya telah memberitahu semua orang untuk memberi saya ruangan untuk belajar. Dengan itu, Ibu saya menyuruh saya belajar di bilik. Dari pukul 11 pagi hingga 5 petang. Walaubagaimanapun, saya tidak belajar enam jam lah... Saya hanya boleh belajar selama-lamanya 2 jam. Selepas itu, saya akan mengambil 30 min rehat. Sebenarnya, tidak tambah rehat, saya hanya belajar 5 jam. Tapi saya telah mempelajari Banyak!!! Pukul 5 petang, saya sekeluarga telah keluar ke Nova di Defu Lane. Saya dan Pakcik saya telah pergi ke tempat katil kerana kami mahu menghiasi bilik kami sendiri di rumah baru saya.
Oh, saya terlupa. Selepas Hari Raya, saya akan berpindah ke rumah baru saya. Di BLK 117 di Rivervale..

Saya hampir penat setelah bercadang dan berbicara bersama pak cik saya tentang cara kami mahu bilik kami diatur atau barang barangnya akan diletakkan. Awak lihat betapa penat kami. Tetapi, saya menaiki kereta pakcik yang lain.

11 0g0s Z012

Nomnomnom... Pada pukul 5 pagi, saya telah bangun untuk sahur. Pada hari ini, saya akan ke Madrasah dan ke latihan Muzikal! Bibik saya telah hidangkan lauk sardine dan juga prata bersama Kari. Mmm... sedapnya. Tetapi, saya terlebih makan dan untuk seluruh hari, saya sakit perut dan terpaksa rehat di rumah. Saya tidak pergi ke Madrasah, atau ke Muzikal...

Bagi seluruh hari sabtu, saya telah berehat di rumah sambil menjaga ketiga-tiga bayi di dalam rumah saya. Yang lain semua keluar ke Orchard. Hanya ada saya, bibik saya dan ketiga-tiga bayi di rumah. Dan mereka adalah Dianah Hanisah(adik), Muhd Nabil(sepupu),Nur Erina Alysha(sepupu). Yang keempat di dalam gambar juga adalah sepupu saya. Dia adalah Nayli Nuwairah(sepupu berselendang)

Pada hari itu, saya telah berbuka NASI LEMAK!!!! Saya terpaksa tinggalkan sedikit tempat di dalam perut kerana saya tidak mahu, penat ketika terawih. Itu sahaja!!

Kbye....

10 0g0s 2012

HAI!!! Pada 10 Ogos, Hari Jumaat, saya telah berehat di rumah. Sebenarnya, saya harus pergi ke CCA saya. Malangnya, saya masih ada Tonsillitis. Jika awak tidak tahu, Tonsillitis akan bermula jika awak ada sesuatu yang menyebabkan tekak awak lebam. Biasanya, ada banyak kahak yang tersimpan di tekak. Itu menyebabkan tekak saya lebam. Jika kahak itu memejal, saya harus menjalani operasi. ISHISHISH....Kesian saya... :'(...)': 

Kerana saya sakit, saya telah bercadang untuk mengecat rumah baharu saya.... Cantikk TTM!!!! Tema rumah saya adalah Putih.. Bilik saya akan ada sedikit warna Biru dan bilik adik saya akan ada sedikit warna Merah Jambu... Penat saya.

Saya telah berbuka di Mac Donald's. Perut saya hampir penuh setelah makan Mc Spicy dan minum air Green Tea. Selepas itu, saya dan ayah saya telah pergi berterawih terus selepas bermakan. Pada hari itu, solat Witr' ada dua Qunut. Ketika membaca, mata saya hampir melelap kerana sudah penat cat rumah. Apa yang mengejutkan adalah, dua Qunut yang dibaca, mengandungi dua dua tambahan. Secara keseluruhan, saya rasa dia telah membaca beberapa dua yang panjang sedikit. Besok hari Sabtu. Saya akan tidur awal dan bangun 'awal' esok...

Kbye

Selasa, 14 Ogos 2012

Saya bukan sengaja gunakan bahasa 'informal' saya tetapi awak yang tak faham..... MUKA TAPAKTANGAN

9 0g0s 2012

9 0g0s Z01Z saya berlepak DI RUMAH...... Ibu bapa saya telah pergi ke rumah nenek saya di Yishun. Saya hanya berehat di rumah. Belajar dan bermain PS3 adalah antara semua yang saya telah buat.

7.17 malam, saya berlari ke meja makan dan membuka puasa sendiri bersama Pak Cik saya. Sambil makan, kami menonton televisyen dan melihat Perbarisan Hari Negara. Saya telah makan Nasi Putih dan Lauk kari!!!!!.....JAPJAPJAP...


Kbye

Isnin, 13 Ogos 2012

8 0g0s 2o12

Hai......Bye.... Taklah.. Bedek ajer..

Pada 8 Ogos 2012, saya berpuasa........ K.. Hari Rabu ini,Hari ini. Hari lahir saya! Taklah. Bedek ajer.. saya bangun pada pukul 4.55 pagi. Awal kan?  Bibik saya sering bangun lebih awal, hanya untuk menyediakan sahur. Nenek saya pun akan menolong. Saya, erm.. apa mahu kata lagi. Kamu semua kan sudah tahu saya tidak boleh bangun terlalu awal. Saya masih budak kecik(secara umur)...SS.... Kadangkala, apabila saya bangun awal, saya tidak ada 'mood' untuk bangun bersahur. Ada satu hari, bibik saya masak Kari untuk sahur. Dan apa saya makan? Hanya TIGA keping ayam dan ENAM gelas air ( 2 air teh, 4 air putih). Walaubagaimapun, hari ini, Sekolah saya, Sekolah Menengah Xinmin, akan mengadakan sebuah persembahan di sekolah buat setengah hari. Dari pukul 8 pagi hingga 11 petang. Itu saya suka... Tetapi..... LEPAS ITU ADA CCA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! k... takper..

Saya tersalah sangka tentang kebolehan saya. Saya ingat saya akan pengsan tetapi saya tidak. Saya sangat bernasib. Latihan CCA pada hari itu  sangat penat. Guru kami telah memberi kami beberapa 'routes' untuk memanjat. Apa yang buat cekik darah adalah, guru kami adalah Pemanjat Tembok yang sangat POWER!! Tapi kami sangka salah. Apa yang senang baginya, adalah susah untuk kami.

Pada pukul 7.17 petang, saya telah berbuka puasa. Saya tidak dapat ingat apa yang saya berbuka. Kalau tidak salah, saya telah makan Mee Goreng, dan minum bandung. Setiap hari, saya akan berbuka dengan BANDUNG!!

Mmm... Sedap.. Sudah pukul 8 malam dan kami sekeluarga sudah bersiap sedia untuk berterawih. Di Masjid Al-Istighfar, solat terawih hanya akan ada 8 rakaat, bersama witr', secara seluruh, 11 rakaat. Terawih ini, saya berasa sangat sangat letih. Selepas CCA, saya sudah mula letih. Sudah penat. Tetapi, apa yang memeranjatkan adalah ketika CCA, saya sebagai menengah 1, harus menggalakkan rakan rakan lain saya. Budak -budak menengah tiga pun sudah terlalu letih. Dengan ini, saya telah faham tentang sebuah frasa yang bapa saya memberitahu saya. ' Mind Over Body' Jika minda kamu mengata kepada diri kamu bahawa kamu tidak boleh berbuat sesuatu, JANGAN BERMIMPI UNTUK BERJAYA. Kamu harus fokus dan bekerja keras... Sekejap sekejap.. Jangan tutup skreen kamu dahulu. Saya ada lagi untuk kata........

Kbye...

Rabu, 25 April 2012

D.A.R.I VS D.A.R.I.P.A.D.A

Adakah kamu tahu tentang perbezaan antara perkataan 'Dari' dan 'Daripada'?

Cuba kamu teka ayat mana yang betul dan ayat mana yang salah
1) "Makanan yang baru sahaja sampai di rumah datang daripada negeri Malaysia."
2) "Makanan yang baru sahaja sampai di rumah datang dari negeri Malaysia"

Memang ada perbezaannya. Jika kamu tidak tahu, hari ini awak bernasib. Blog ini yang saya telah menyediakan akan memberi kamu sedikit pengetahuan tentang perbezaan dan juga penggunaan 'Dari' dan 'Daripada'

Dari- Ia digunakan dalam tiga situasi dan ketiga-tiganya adalah, masa, tempat dan arah.
Contohnya: " Saya sudah tiba di sini dari pukul sembilan pagi."
                  " Ikan-ikan yang baharu ditangkap itu didapati dari longkang di Pasir Ris."
                  " Angin yang bertiup dengan kencang itu datang dari arah selatan"

Daripada- Ia pula digunakan dalam tiga situasi yang berbeza. Ia digunakan apabila seseorang sedang
                 menjelaskan tentang bandingan, orang atau sumber.
Contohnya: " Antara Izzuddin dan Izaan, Izzuddin lebih besar daripada Izaan."
                  " Wang sejumlah $100 itu datang daripada kawan saya dengan ikhlas."
                  " Kegemaran saya bermain komputer, bermula daripada Pak Cik saya."

Sekarang, kerana kamu sudah tahu tengtang perbezaannya, berilah saya jawapan bagi ayat yang terdapat di atas.

Rabu, 28 Mac 2012

Format Penulisan Surat Rasmi

1)Tarikh
2)Nama pengirim
3)Nama penerima
4)Tajuk Surat
5)Nama pengadap
6)Perenggan pertama -[1-2 ayat- Tujuan Menulis]
7)Perenggan kedua - [Isi pengenalan masalah]
8)Perenggan ketiga - [Isi surat dan huraian dan contoh
9)Penutup surat
10)Tanda tangan

Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.

Tuliskan sepucuk surat kepada pergawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.


28 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
BLK 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456


Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Jumaat yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu saya telah saya telah menaiki MRT dari Hougang ke Farrer Park untuk pergi ke Climbasia. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT  itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap.Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang dieslitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Saya mahu sarankan idea-idea yang mungkin berfaedah bagi keadaan dalam MRT.
1) Letakkan tong sampah di sebelah pintu MRT
2) Seorang pekerja boleh merunda di dalam MRT itu untuk memastikan bahawa tiada orang membuang sampah sembarangan.
3) Memasang sebuah kamera di MRT itu, membolehkan SMRT atau SBS Transit dapat tahu siapa membuang sampah itu.

Saya harap idea-idea ini sangat berfaedah dan menyebabkan kebersihan MRT itu tidak terjejas.

Daripada,
Siti Binte Ahmad

Siti





Rabu, 29 Februari 2012

'Adalah' dan 'Ialah' adalah kata pemeri. Kata pemeri digunakan dalam ayat-ayat atau frasa-frasa. Jika kami semua melihat dengan lebih teliti, kata pemeri boleh dijumpa dalam banyak ayat yang memerlukan penerangan tentang seseorang atau sesuatu. Kata-kata pemeri ada banyak contohnya. Bagi 'ialah' dan 'adalah', ada pelbagai cara untuk digunakan.

Bagi kata pemeri 'ialah' ia sepatutnya digunakan di hadapan sebuah ayat atau diikuti sebuah kata kerja.
Contoh 1: Nama murid itu ialah Izaan.
Contoh 2: Tanggungjawab seorang pengetua murid adalah untuk menjadi sebuah contoh bagi murid-murid.
Contoh 3: Lelaman web Izaan ialah 'ragemaker.net'

Selasa, 21 Februari 2012

HI! LIHAT GAMBAR BARU SAYA!!

Kamu semua tahu bahawa saya telah menggunakan nama 'anonymous' tetapi itu sahaja yang kamu semua komen tentang. Mungkin saya telah memberi kamu pertolongan dalam menulis uslasan di blog say. Lihat ini! Saya sudah menukar gambar saya. Walaubagaimanapun jika saya 'post' sesuatu, nama saya akan diterbitkan di bawah ulasan itu. Hais,kadangkala, zaman teknologi ini menyusahkan kami dalam mendapatkan apapun kemahuan dan permintaan kami. Saya juga rasa zaman teknologi ini dan kebolehan komputer sekarang memang terhad, berbanding dengan imaginasi dan apa yang saya boleh membayangkan tentang masa depan teknologi.





kbye,
-anonymous

Isnin, 20 Februari 2012

Mengapa Saya Memilih Tajuk Ini!!!!

Saya telah memilih tajuk ini kerana ia adalah sebuah tajuk yang diberi oleh Puan Ida. Memang unik. Ia sebuah tajuk yang menunjukkan cinta saya kepada Bahasa Melayu. kbye

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Blog Bahasa Melayu? Mengapa Puan Ida menyuruh kami menulis blog bahasa melayu ini sedangkan kami tidak tahu berbuat sedemikian? Walaubagaimanapun, saya harus mengikuti perintah guru saya.. Hais.... Apa pula harus saya lakukan atau menulis tentang? Jika sesiapa boleh menolong saya, tolonglah. Mungkin beliau hendak kami berlatih untuk berkomunikasi dan berbicara dalam Bahasa Melayu dengan lebih mahir. Pada pendapat saya, ini telah diperintah oleh Puan Ida kerana bahasa melayu bagi Sekolah Menengah berbeza dengan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bahasa Melayu bagi Sekolah Menengah perlu dilatih dengan lebih kerap kerana saya tahu kami akan mempelajari lebih tentang Bahasa Melayu ini. Harap saya dapat memperbaiki kebolehan saya dalam perbincangan Bahasa Melayu.

Jumpa lagi!!
-anonymous