Tarikh yang tidak dapat saya lupakan adalah tarikh 25 Mac 2013.
Sebabnya ialah saya sekeluarga telah mengambil percutian ke negara Dubai yang terletak dalam Liga Arab Bersatu atau U.A.E selama 7 hari. Apatah lagi, saya dan adik saya tidak perlu menghadiri sekolah selama dua hari.
Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat bercuti di U.A.E. Kami menaiki sebuah pesawat Singapore Airlines. Perjalanannya mengambil masa selama tujuh jam. Waktu di Dubai
dua jam lebih lewat, jika dibandingkan dengan waktu di Singapura. Maknanya, pada waktu Maghrib di Dubai, di Singapura sudah pukul sepuluh malam.
Pada enam pagi waktu Dubai, kami mendarat di Lapangan Terbang Dubai. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat Dubai sekadar sebuah negara kecil walaupun saiz kawasannya lebih besar daripada Singapura. Dari langit, Dubai kelihatan sebagai sebuah padang pasir yang penuh dengan bangunan.
Ayah telah menjemput kami di Lapangan Terbang tersebut. Dia berada di sana lebih awal kerana ada pekerjaan dan juga menguruskan perkara bisnes di sana. Selain itu, dia akan mengambil bahagian dalam sebuah perjumpaan antarabangsa bersama rakan-rakan sekerjanya.
Kami menaiki teksi ke hotel bernama Novotel, berdekatan dengan sebuah pusat membeli belah. Pusat membeli-belah tersebut adalah pusat kedua terbesar di Dubai. Yang terbesar adalah Emirates Mall.
Selama dua hari, kami menaiki bas pelancong. Pada hari kedua, kami menaiki bas yang membawa kami ke seluruh kawasan Dubai yang bersejarah. Tarikan utama di sana adalah Pasar Emas. Ada banyak kedai yang menjual pakaian-pakaian yang berharga tinggi dan juga aksesori emas.
Pada hari ketiga, kami menaiki bas ke kawasan Dubai yang bernama 'New Dubai'. Di situlah terdapat tarikan terutama di Dubai, Birj Khalifa. Bangunan tersebut adalah yang tertinggi di dalam dunia ini. Ia setinggi lebih kurang 800 meter. Semua pelancong boleh melihat permandangan yang sangat indah dan cantik. Dari tingkat 124, seluruh Dubai boleh dilihat dan boleh dilihat ada juga padang pasir yang belum lagi ditukar menjadi bandar.
Selama 7 hari, kami sekeluarga banyak membeli-belah. Ibu saya membeli baju dan beg tangan. Adik saya membeli mainan, dan saya telah membeli kasut Puma yang berharga $187. Ia memang mahal! Hampir semua kasut kasual saya berharga sekurang-kurangnya $100.
Pada hari teraakhir, kami telah menaiki teksi pulang ke lapangan terbang sebelum pulang ke Singapura. Sudah 2 hari saya tidak ke sekolah tetapi pengalaman ini sangat berharga dan bermanfaat. Saya juga dapat mengeratkan silaturrahim bersama keluarga saya dan mendapat tahu lebih banyak tentang negara yang lain di dunia ini.

Saya harap dapat kembali semula ke dubai untuk melancong kerana saya memang sentiasa menghargai setiap lawatan saya ke negara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan