Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Blog Bahasa Melayu? Mengapa Puan Ida menyuruh kami menulis blog bahasa melayu ini sedangkan kami tidak tahu berbuat sedemikian? Walaubagaimanapun, saya harus mengikuti perintah guru saya.. Hais.... Apa pula harus saya lakukan atau menulis tentang? Jika sesiapa boleh menolong saya, tolonglah. Mungkin beliau hendak kami berlatih untuk berkomunikasi dan berbicara dalam Bahasa Melayu dengan lebih mahir. Pada pendapat saya, ini telah diperintah oleh Puan Ida kerana bahasa melayu bagi Sekolah Menengah berbeza dengan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bahasa Melayu bagi Sekolah Menengah perlu dilatih dengan lebih kerap kerana saya tahu kami akan mempelajari lebih tentang Bahasa Melayu ini. Harap saya dapat memperbaiki kebolehan saya dalam perbincangan Bahasa Melayu.

Jumpa lagi!!
-anonymous

11 ulasan:

  1. Hai Danial, apa yang anonymousnya, awak telah meletakkan gambar awak di serata blog ini, .. baik, saya menyuruh pelajar menyimpan blog dari tahun 1 hingga ke tahun 4 kerana ia akan memudahkan awak melakarkan pembelajaran BM awak di sekolah menengah dan juga melatih diri agar mudah menulis, idea, pendapat sendiri.. jadi teruskanlah menulis dan setiap kali saya mengajak pelajar menulis entri, setiap kali itu jugalah saya akan periksa... ok?

    BalasPadam
  2. OI Danial kamu ini perasaan sangat. Awak anonymus ke? Background ini semua muka kamu. Tetapi saya harap kamu boleh buat bold ini dengan baik. XD

    BalasPadam
  3. Awak anonymous? Biar betul. Nama awak di bawah :DD

    BalasPadam
  4. Oh ye..Anonymous. Tapi ada gambar muka awak!

    BalasPadam
  5. Saya boleh nampak gambar muka awak dan nama awak juga -anonymous haha

    BalasPadam
  6. Haiz Danial... sampai bila kamu mahu berimaginasi... walaupun begitu, baguslah jika kamu dapat mencipta blog.

    BalasPadam
  7. Anonymous? Guru saya di sekolah rendah sentiasa mengingatkan kita supaya menghargai nama kita.

    BalasPadam
  8. Danial main-main? Semua orang tahu ini blog awak

    BalasPadam
  9. Amboi-amboi, tak logik, tak logik... Awak ini Danial... sungguh kelakarlah!

    BalasPadam